57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Sabtu, 4 Mei 2013


Ini sebabnya kenapa calon UMNO/BN Pulau Pinang tak perlu diundi dalam PRU13 ini..

Kepada seluruh pengundi Muslim..

Assalamualaikum….

Izinkan kami mengambil sedikit perhatian dari pengundi Islam di seluruh negeri Pulau Pinang..

Seperti yang kita sedia maklum, Pulau Pinang adalah merupakan sebuah negeri yang tidak dikuasai oleh orang-orang Melayu dan Islam dari segi politik.

Percaturan politik bagi menentukan penguasaan kerajaan negeri ditentukan oleh bukan Islam, iaitu bangsa Cina secara khusus.


Kawasan majority Cina adalah sebanyak 23 DUN berbanding dengan kawasan majority Melayu yang hanya 15 DUN dan kawasan campuran 2 DUN.

Perlu diingatkan buat masa ini 11 ADUN Islam yang dilantik dari UMNO berada diluar kerajaan sebagai pembangkang dan hanya terdapat 4 ADUN sahaja berada di dalam pentadbiran Kerajaan.

Keadaan semasa menunjukkan sentiment pengundi Cina telah berubah hamper 90% kepada menyokong DAP dan sudah hampir pasti DAP akan mengekalkan kuasa dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Cuba bayangkan sekiranya kesemua 23 DUN majority Cina dimenangi oleh DAP dan kesemua 15 DUN majority Melayu dimenangi oleh UMNO, maka akan terbentuklah kerajaan dari DAP dan tiada langsung wakil Melayu di dalam Kerajaan Negeri.

Pada masa itu EXCO Agama dengan sendirinya akan dipegang oleh orang bukan Islam dan akan membuat dasar dan bertindak atas pentadbiran Majlis Agama Islam.

Cuba fikirkan sedalam-dalamnya.. adakah itu yang kita orang-orang Islam mahukan?? Jika tidak, maka wajiblah kita mempertahankan 4 DUN yang telah dimenangi oleh PKR dan PAS dalam PRU12 yang lalu dan menambahkan lagi bilangan kerusi untuk PKR dan PAS dalam PRU13 ini demi untuk kepentingan, survival dan masa depan orang-orang Melayu yang beragama Islam di Pulau Pinang ini..

Demi untuk menjaga kepentingan orang-orang Melayu yang beragama Islam dinegeri ini agar suara orang Melayu kuat dan didengar oleh pihak Kerajaan.. maka kami dengan rendah hati menyeru dan merayu agar pengundi Islam memberikan undi kepada calon-calon Islam dari parti yang berkerjasama dengan DAP iaitu samada PKR atau PAS

Gunalah kuasa undi yang ada dengan berhemah, dengan menggunakan akal yang waras dan bukannya mengikut nafsu amarah yang akan merugikan semua..

Wassalam…

* Sekretariat Muslim Prihatin Pulau Pinang *

Gambar: Puluhan Ribu rakyat Kelantan bermunajat di Stadium Sultan Muhammad IV jam 3.00 pagi tadi.


Ia adalah "jawapan" kepada "keceluparan Najib yang sehari sebelumnya memperlekehkan kerajaan PAS negeri Kelantan kononnya tiada pembangunan selama 23 tahun memerintah Kelantan sedangkan royalti Kelantan telah dirompak oleh UMNO BN sepanjang tempoh berkenaan.

Malah Najib turut memperlekehkan usaha kerajaan PAS Kelantan untuk membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai.

Katanya: “Bo lah weh, cukuplah 23 tahun, tipu rakyat, bohong. Ini nak buat lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai, buat tabung, ingat boleh buat lebuh raya dengan tabung (pungut derma daripada rakyat)?, berapa banyak tabung masuk, (sedangkan) kos RM2 bilion…(tentunya) tak boleh buat,” katanya ketika berucap pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai.

Sekarang ini jawapannya, rakyat Kelantan menghadapkan wajahnya kepada Allah s.w.t. supaya dibalas segera segala tohmahan Najib berkenaan dan mengekalkan kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Doa yang dibacakan sendiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara.

"Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu sebagamana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan.

"Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam doa yang dibacakan dalam Munajat rakyat Kelantan bagi menghadapi PRU 13 di Stadium Sultan Muhammad IV bermula jam 3.00 pagi tadi.












Jumaat, 3 Mei 2013


Penyokong Pakatan Serang Kenderaan BN di Seberang Jaya?.. Ini apa yang BERNAMA tidak siarkan..


Bernama melaporkan..Sekumpulan penyokong pakatan rakyat bertindak agresif apabila menyerang kenderaan jentera pilihan raya milik calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya Datuk Mohammad Nasir Abdullah di Jalan Tenggiri, di Butterworth semalam.

Laporannya jelas sekali untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dalam insiden ini penyokong Pakatan Rakyat sememangnya ganas dengan bertindak memecahkan cermin kereta tersebut.

Malah Bernama juga telah meletakkan nilai nyawa manusia lebih rendah daripada harga 4WD milik yang digunakan oleh pihak Barisan Nasional untuk gerakkerja kempennya kali ini.

Berikut adalah Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh PKR Cabang Permatang Pauh mengenai insiden ini petang tadi..

PEJABAT CABANG 
PARTI KEADILAN RAKYAT 
CABANG PERMATANG PAUH 

KENYATAAN MEDIA 
2 MEI 2013

ISU KES PETUGAS BN LANGGAR LARI PENYOKONG – PENYOKONG PAKATAN RAKYAT DI JALAN TENGGIRI SEBERANG JAYA .


Merujuk kepada laporan beberapa media baik cetak mahupun on-line hari ini tentang insiden pergaduhan yang telah berlaku antara penyokong PR dan BN di Seberang Jaya jam 6.30 petang semalam.

Yang mana kebanyakkan media telah melaporkan bahawa "Sekumpulan penyokong pakatan rakyat bertindak agresif apabila menyerang kenderaan jentera pilihan raya milik calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya Datuk Mohammad Nasir Abdullah di Jalan Tenggiri."

Antara lain laporan mereka ialah "sekumpulan 18 individu yang menunggang motosikal bertindak melakukan provokasi dan mengepung kenderaan tersebut."

"Untuk melepaskan diri daripada kepungan itu, berlaku pergeseran antara kenderaan itu dan motosikal menyebabkan empat penunggang motosikal terjatuh.

Laporan tersebut adalah tidak tepat dan bercanggah sama sekali dengan apa yang telah dilaporkan oleh saksi kejadian kepada pihak PKR Cabang Permatang Pauh.

Dimana menurut saksi kejadian yang juga telah mengalami kecederaan dalam insiden tersebut, mereka tidak mengepung kenderaan kempen Barisan Nasional tersebut.

Malah menurut saksi, kejadian berlaku ketika mereka memotong kenderaan tersebut yang berhenti di persimpangan untuk berada dihadapan kenderaan itu.

Oleh kerana bilangan motorsikal yang banyak ini menjadikan kenderaan tersebut seolah-olah dikepung padahal mereka sama-sama berhenti dipersimpangan.

Perlu diketahui telah berlaku pertengkaran kecil dipersimpangan itu bilaman pemandu kenderaan kempen Barisan Nasional itu menghimpit beberapa buah motorsikal yang bersama konvoi Penyokong Pakatan Rakyat yang berhenti dipersimpangan tersebut.

Bagaimanapun ianya telah diselesaikan melalui perbincangan antara salah seorang dari tiga lelaki dalam kenderaan Barisan Nasional.

Malangnya apabila kenderaan tersebut mula bergerak, tiba-tiba ianya telah dipandu secara laju dan melulu hingga melanggar beberapa buah motorsikal yang bersama konvoi Penyokong Pakatan Rakyat dihadapan kenderaan itu dan menyebabkan empat penunggang motorsikal mengalami kecederaan.

Motorsikal yang dirempuh

Antara mereka yang mengalami kecederaan itu seorang telah mengalami kecederaan yang serius dan telah dibawa ke Hospital. Pemandu kenderaan Kempen Barisan Nasional tersebut tidak menghentikan kenderaannya untuk membantu malah terus memecut laju melarikan diri dari tempat kejadian.

Menyaksikan pemandu kenderaan Kempen Barisan Nasional itu melarikan diri, beberapa buah motorsikal yang bersama konvoi telah mengejar kenderaan tersebut.

Kenderaan dari jenis 4WD Nissan Frontier bernombor PJH 289 yang merupakan kenderaan Kempen Barisan Nasional telah berhenti di hadapan rumah Dato’ Nasir yang telah dijadikan Bilik Gerakan Utama Barisan Nasional bagi DUN Seberang Jaya.

Apabila penyokong Pakatan Rakyat menghampiri kenderaan tersebut mereka telah diserang oleh seorang lelaki yang dipercayai pemandu kenderaan kempen itu dengan 'penyodok longkang' dan ini telah mengakibatkan kecerderaan pada bahagian tangannya.

Ketua AMK Permatang Pauh, Amir Ghazali sedang menunjukkan kecederaan mangsa
Mangsa menunjukkan kesan dibelasah dibelakangnya
Luka akibat dirodok dengan besi penyodok longkang
Mengenai insiden cermin kereta Kempen Barisan Nasional yang dipecahkan itu, saksi-saksi mendakwa mereka tidak tahu menahu tentang insiden itu..

Oleh itu tuduhan yang mengatakan bahawa penyokong Pakatan Rakyat telah memecahkan cermin kenderaan tersebut adalah satu tuduhan melulu dan tidak berasas.

Empat laporan Polis telah dibuat oleh seorang orang awam dan juga tiga penyokong Pakatan Rakyat yang turut bersama konvoi itu.

Diharap pihak Polis menjalankan siasatan secara telus dan adil mengenai kes ini tanpa mengira fahaman politik.

Pihak Polis juga diminta menyiasat kenapa pemandu kenderaan kempen Barisan Nasional tersebut melarikan diri ke Bilik Gerakan Barisan Nasional sedangkan beliau sepatutnya menuju ke Balai Polis untuk melaporkan kejadian kepada Polis.

Persoalan juga timbul bilamana kehadiran penyokong Pakatan Rakyat ke bilik gerakan Barisan Nasional seramai beberapa orang itu dianggap sebagai ancaman terhadap penyokong Barisan Nasional sedangkan bilangan mereka jauh lebih ramai.


ABDUL JALIL BIN CHE ROS
Naib Ketua Cabang Permatang Pauh


Itu apa yang tidak dilaporkan oleh Bernama.. lihat video di bawah yang menunjukkan seorang penyokong BN telah bertindak biadap dengan cuba melanggar Naib presiden R..

   

 Kalau dah yang berjubahpun mahu dilanggarnya.. pemuda-pemuda penyokong Pakatan Rakyat tu tentu diaorang tak kisah nak langgarpun...

Video Saiful Bukhari Depan Kaabah Amat Meragukan.. dan KANTOI lagi...


Mungkin beliau menyangka semua rakyat di negara ini yang berugama adalah bodoh... oleh itu beliau cuba memperbodohkan rakyat Malaysia yang berugama Islam sekali lagi...

Video ini disebarkan kepada umum sejurus bapa Saiful membuat "u turn" dan mendakwa kejadian liwat terhadap anaknya benar-benar berlaku.

Lebih terserlah agenda sebenar puak ini ialah apabila video yang kononnya dirakamkan pada 9 April 2012 ini disiarkan dan disebarkan 3-4 hari sebelum PRU13.

Ini ullsan seseorang yang terlibat dalam industri grafik..

Assalamualaikum w.b.t.

Dah tengok video Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di depan Kaabah. Video tersebut pada 9 April 2012 tetapi baru dipublish di youtube sempena lagi 3 hari akan mengundi.

Firstly aku tengok, wahh biar betul. Kalau betul Saiful Bukhari betul, harap kebenaran akan menjelma bagi pihak beliau.

Tetapi kalau tidak benar, aku harap ALLAH melaknat dia kerana mempersendakan kekuasaan ALLAH S.W.T.

Aku tak sure sama ada aku akan ditangkap atau tidak kalau aku buat pendedahan yang aku rasa aku betul.

First aku tengok, memang aku percaya video nie benar sebab video bewarna dan mempunya suara. Tak macam video-video UMNO/ BN buat yang video lucah.

So aku pon tengok berulang-ulang kali untuk trace wajah muka Saiful samaada terdapat perbezaan tone. Ada sedikit. Oh it tdak boleh dijadikan bukti.

Then ada something aku rasa tak kena.

Cuba perhatikan pada minit 1.03 saat. Cuba perhatikan di saat ada seorang hamba ALLAH berbaju putih melalui di belakang badan Saiful.

Seperti bertindih dengan Saiful walhal badan Saiful tidak sama sekali bergerak mahupun tersentuh. Aku pon jadi tanda tanya.


Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.

Aku tak mahu tuduh siapa yang create video ini. Tapi aku rasa ini satu penipuan.

Mereka dah mula belajar edit video bewarna dan bersuara, tapi hampa perasan tak,di kalangan ramai-ramai, suara Saiful amat jelas sekali berbanding background belakang.

Itu mustahil. Cuba pergi market, rakam, background sangatlah bising. Allahuakbar. Sampai begini sekali politik Malaysia. Sedih ooii.

P/S : Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkan lah kebenaran kepada semua rakyat Malaysia. Amin....~fizgraphic.com

Ini pula ulasan oleh seorang Mutawif..

Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.

Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.

Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.

"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.

"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.

Rabu, 1 Mei 2013


Dakwat kekal terbukti tak kekal tapi Pengerusi SPR kata Mustahil..


Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.

Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus.

Seorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya.


"Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana.

"Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS.

Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan ~ Malaysiakini

 Apa pula kata Pengerusi SPR..

“Mustahil, saya tidak percaya dakwat kekal itu boleh ditanggalkan... gunalah minyak atau bahan apa pun, ia tidak boleh ditanggarl kerana ia dibuat daripada nitrat perak.

“Bila dakwat itu diletak pada kuku, ia akan meresap ke dalam kulit,” kata Abdul Aziz.

Walaupun kesan pada kuku itu boleh hilang jika dibasuh atau dengan menggunakan minyak, Abdul Aziz menegaskan kesannya pada kulit masih lagi boleh dilihat dan pengundi tidak akan dapat menipu untuk mengundi sebanyak dua kali seperti yang didakwa sebelum ini.

“Kalau dia guna minyak atau basuh pun, kesannya pada kulit masih ada... pegawai bertugas boleh melihat dan menghalang daripada pengundi tersebut mengundi sebanyak dua kali,” terang Abdul Aziz lagi.

Abdul Aziz berkata dakwat kekal tidak akan hilang selama tujuh hari bagi mereka yang mengundi awal, serta menggesa sekiranya pihak tersebut mempunyai bukti supaya tampil ke hadapan dan buktikan dakwaan tentang penggunaan petrol untuk menanggalkan dakwat tersebut.

“Tak boleh tipu mengundi dua kali, dakwat kekal yang pengundi awal gunakan tidak akan hilang dalam masa tujuh hari.

“Kalau mereka ada bukti, saya harap tampillah buat aduan kepada SPR,” katanya lagi.

Lebih dari 50,000 hadir di Han Chiang dan 10,000 di Permatang Pauh.. Gambar menjadi bukti..


Menurut pihak penganjur, padang Sekolah Han Chiang ini mempunyai kapasiti 60,000 orang, bagaimanapun selain padang yang dipenuhi jalan Air Itam dan lain-lain jalan yang mengelilingi padang tersebut turut dipenuhi.

Oleh itu pihak penganjur menganggarkan kira-kira 70,000 orang telah hadir...


Ini sebahagian dari laporan dari The Malaysian Insider..

Setiap inci padang dipenuhi oleh penyokong PR ketika Kit Siang menutup perhimpunan selama lima jam itu dengan menggesa rakyat Malaysia bangkit terhadap apa yang beliau gelar “mimpi besar Malaysia.”

“Mari kita dalam pilihan raya ini untuk bangkit dan berani bermimpi, mimpi besar tentang Malaysia yang adil, pentadbiran baik, kebebasan dan dimana semua daripada kita dianggap sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudiannya,” kata beliau kepada penyokong.

Dengan hon ditiupkan dan jeritan kuat “Ubah” – slogan DAP untuk Pilihan Raya 2013 - orang ramai tenggelam dengan pelbagai ucapan menentang Barisan Nasional (BN).


Dengan pemimpin tertinggi PR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri sementara Pulau Pinang Lim Guan Eng turut berucap, sorakkan paling kuat diberikan kepada Kit Siang yang berumur 72 tahun – bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor.

“Jika kita mahu selesaikan urusan belum selesai tsunami politik 2008, ia mesti dari selatan. Sebab itu saya kembali ke Johor,” kata Kit Siang yang dilahirkan di Batu Pahat.

“Saya menang di Ipoh Timur pada ketika itu dengan majoriti melebihi 21,000 undi tetapi Gelang Patah adalah kubu kuat BN yang mereka menang dengan hampir 9,000 undi pada 2008 dan 31,666 undi pada 2004. Ia adalah risiko besar untuk saya.”

Kempen Kit Siang telah diterima dengan baik oleh kebanyakkan pengundi Cina di Gelang Patah akan tetapi beliau berhadapan dengan serangan kritikan dari pemimpin BN seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak.

Umno telah menuduh Kit Siang sebagai rasis dengan Dr Mahathir memberikan amaran akan berlaku konfrontasi diantara Melayu dan Cina jika Kit Siang menang di Johor.

Hampir separuh pengundi di Gelang Patah adalah Cina dengan Melayu mempunyai angka yang signifikan selebihnya.

Guan Eng yang bercakap sebelum membiarkan ayahnya mengambil alih pentas, turut menerima sambutan hangat daripada penyokong DAP.

“Dr Mahathir pernah berkata Pulau Pinang adalah negeri kotor. Kita ingat Pulau Pinang tidak boleh jadi bersih.

“Tetapi kita tahu selepas 2008, ianya bukan salah rakyat tetapi salah kerajaan BN.”

Selepas permulaan yang agak perlahan minggu lepas, pemimpin PR merancang beberapa siri perhimpunan raksasa bermula dengan acara di Han Chiang malam tadi.

Malam tadi, DAP turut mengumumkan mereka telah mengutip RM236,851 derma tunai dari hadirin.

Sementara itu ceramah perdana 'Pakatan Harapan Rakyat' yang diakadan di Tapak Pasar Malam Ampang Jajar, Permatang Pauh yang turut menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyaksikan lebih dari 10,000 orang yang hadir..


Lagi gambar-gambar sekitar ceramah sila lihat di ( SINI )

Nak pertahan Kalimah Allah, tapi Calon BN Permatang Pauh tak tahu al-Quran buktikan Ahli Kitab yang kafir pun pakai kalimah Allah..


DATUK Dr Mazlan Ismail yang bertanding atas tiket Umno di Permatang Pauh berjanji nak pertahan kalimah Allah dengan meminta orang Islam di parlimen itu menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena PRU13 ini.

Itu maklum balas semasa sesi ceramah kelompok di Kampung Belah Dua semalam. 'DAP Melayu' Khairul Ishak pun ada dalam ceramah itu.

Semasa berdialog, saya tanya, "Apa yang bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang (Mazlan) itu nak pertahankan?"

Orang kampung kata Mazlan paksa semua kami percaya Islam haramkan bukan Islam guna kalimah Allah.


Saya kata, "Mazlan sama celaru dengan Nasharuddin Mat Isa yang puak-puak Yusni Mat Piah puja atas nama ulama dulu-dulu."

Saya tidak mahu mengulas apa yang telahpun disebut oleh Anwar sebelum ini. "Kalimah Allah ini digunakan sejak Nabi Muhammad belum dibangkitkan sebagai Rasul lagi. Ayah Rasulullah namanya Abdullah yang bermaksud 'Hamba Allah'," jelas Anwar.

Kalau kita belek (baca: tadabbur) al-Quran, di dalamnya ada disebut mengenai kalimah Allah disebut oleh Islam dan bukan Islam dalam rumah ibadat masing-masing.

 وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا

“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah.” (Surah Al-Hajj : 40)

Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut bahawa rumah-rumah ibadat yang menyebut kalimah Allah ini, bukan hanya digunakan di masjid-masjid sahaja, bahkan digunakan juga di rumah-rumah ibadat agama selain Islam, seperti gereja dan biara yahudi.

Ia sekaligus satu pengi’tirafan daripada Allah, atas keizinan bagi bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam peribadatan mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ

“Tidak akan berlaku kiamat, melainkan tidak ada lagi di bumi orang menyebut, Allah, Allah...” (Sahih Muslim)

Dalam bahasa arab, kalimah ‘assa’ah’ yang diterjemah sebagai ‘kiamat’. Ia juga boleh diterjemah sebagai ‘kebinasaan’. Hal ini merujuk kepada hadis bahawa Nabi SAW bersabda;

 فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

Maksudnya; “apabila amanah dikhianati, maka tunggulah kebinasaan” Ditanya, ”bagaimana amanah dikhianati?”

”apabila diberikan sesuatu urusan itu kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan” Jawab Nabi SAW ringkas tapi padat Dalam bahasa arab, kalimah ‘assa’ah’ yang diterjemah sebagai ‘kiamat’. Ia juga boleh diterjemah sebagai ‘kebinasaan’.

Hal ini merujuk kepada hadis bahawa Nabi SAW bersabda;

 فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

Maksudnya;“apabila amanah dikhianati, maka tunggulah kebinasaan”

Ditanya, ”bagaimana amanah dikhianati?”

”apabila diberikan sesuatu urusan itu kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan” Jawab Nabi SAW ringkas tapi padat."

Daripada ini, kita fahami bahawa kebinasaan akan berlaku, jika tiada lagi manusia yang menyebut kalimah Allah atas muka bumi.

Dalam hadis ini, tidak pernah wujud satu pengkhususan bahawa keizinan menyebut kalimah Allah ini hanya khusus kepada orang islam sahaja.

Justeru, dari segala dalil-dalil yang dikemukakan ini, difahami bahawa tidak ada larangan dari Islam bahawa orang bukan islam tidak dibenarkan menyebut kalimah Allah.

Bahkan, yang wujudnya adalah, nas sendiri memberikan keizinan untuk disebut kalimah Allah bagi orang bukan Islam.

Daripada ini, kita fahami bahawa kebinasaan akan berlaku, jika tiada lagi manusia yang menyebut kalimah Allah atas muka bumi.

Dalam hadis ini, tidak pernah wujud satu pengkhususan bahawa keizinan menyebut kalimah Allah ini hanya khusus kepada orang islam sahaja.

Justeru, dari segala dalil-dalil yang dikemukakan ini, difahami bahawa tidak ada larangan dari Islam bahawa orang bukan islam tidak dibenarkan menyebut kalimah Allah.

Bahkan, yang wujudnya adalah, nas sendiri memberikan keizinan untuk disebut kalimah Allah bagi orang bukan Islam. ~ Faqar

Mungkin di tak pernah terbaca artikel dari The Star ini.. atau dia baca tapi buat bodo saja..