57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Khamis, 25 April 2013


Gara-gara benarkan Husam beri tazkirah.. Habis semua AJK Surau Abdul Rahman Auf dipecat..


Dato Paduka Hj Husam Bin Musa menulis... pada 20hb. April, 2013 saya telah menunaikan solat Isyak' di Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11.

Selepas selesai tunai solat, saya telah mengambil sedikit masa berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut.

Hari ini saya diberitahu bahawa Pengerusi dan Bendahari Surau tersebut telah dipanggil mengadap Ketua Pengarah JAWI di Pejabatnya pagi tadi.

Dan seterusnya saya diberitahu bahawa SEMUA AJK Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11 telah DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA kerana membiarkan saya berta'ruf dengan makmum Surau tersebut.

Saya mohon pada semua Sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, Penduduk2 Putrajaya dan Seluruh Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya Politik Sempit begini ditamatkan pada 5hb. Mei, 2013.


Sementara itu BN Putrajaya yang kelihatan semakin terdesak telah dilaporkan melatih remaja-remaja untuk menjalankan kerja-kerja sabotaj terhadap Husam di Putrajaya..

Sila baca laporannya di ( SINI )

Polis bagi amaran kepada Barisan Nasional ke ni?


Parti politik diingatkan supaya tidak melibatkan pekerja bukan warga negara untuk melakukan aktiviti berkaitan pilihan raya umum termasuk memasang bendera atau banting parti-parti politik.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tindakan tegas akan diambil kepada parti politik berkenaan jika didapati berbuat demikian.

"Parti politik tidak boleh memberi subkontrak kepada orang bukan warga Malaysia bagi menjalankan kerja-kerja berkenaan.

"Tindakan tegas boleh diambil ke atas pekerja bukan warga negara berkenaan mengikut Akta Imigresen 1959/1963, sekiranya terlibat dalam PRU," katanya pada taklimat media Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Ramli berkata rakyat Malaysia yang mengupah pekerja bukan warga negara untuk melakukan kerja berkaitan pilihan raya juga akan didakwa mengikut Peraturan Imigresen dan Akta Imigresen 1959/1963.


Menjawab soalan, Ramli berkata setakat ini tiada laporan diterima mengenai penglibatan pekerja bukan warga negara dalam aktiviti pilihan raya.

Selain itu, Ramli turut mengingatkan penyokong parti supaya tidak menampal poster atau menggantung bendera parti pada kenderaan polis.

"Ada yang nakal, mereka bukan sahaja menampal bendera partinya pada kenderaan polis, malah turut mengambil gambar dan menyebarkan kepada orang ramai bahawa polis terlibat dalam politik," katanya sambil menegaskan bahawa pihak polis tidak menyebelahi mana-mana parti politik pada PRU-13 ini ~ Bernama

Tengok video ni.. Parti politik mana yang upah Bangla pasang bendera mereka ini..



Hasil kerja Bangla yang diupah oleh UMNO/BN untuk memasang bendera itu sila lihat di SINI

Gambar Mahathir melanggar Akta Pilihanraya tersebar!!.. Saksikan!!


Sejak pihak risikan memaklumkan data menunjukan sokongan anggota TLDM di Lumut terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat , UMNO semakin gelisah..

Tambahan pula ianya bakal mengugat dua Kerusi penting milik BN iaitu DUN Pangkor (MB Perak - Zambry) dan Parlimen Lumut (Menteri Pengangkutan - Kong Cho Ha).

Oleh itu UMNO/BN 'terpaksa' melakukan apa saja hatta melanggar akta pilihanraya..


Pada 23 April (semalam) dengan menganggap harta Kerajaan itu harta Mak bapak depa.. Mahathir telah diterbangkan khas menggunakan helikopter Nuri dari Kuala Lumpur ke Pengkalan Tentera Laut di Lumut, Perak.

Tujuannya ialah untuk menyampaikan ceramah mengenai perpaduan Ummah menjelang PRU13 ini kononnya..

Tetapi menurut beberapa individu yang dipaksa menghadirinya, mereka mempersoalkan akan Ceramah tersebut ianya seolah-olah mengambarkan tiada perpaduan di dalam anggota TLDM dan apa yang disemai oleh Mahathir di sini ialah perasaan perkauman..

Apa yang dilakukan oleh Mahathir demi menyelamatkan UMNO/BN yang lemah dibawah pentadbiran Najib ialah satu perbuatan yang melanggar akta pilihanraya.

Beliau bukan sahaja telah menyalahgunakan harta Kerajaan Malaysia bagi kepentingan UMNO/BN malah beliau juga telah berpolitik hingga ke dalam Kem Tentera.

Mahathir yang sudah bersara kini bertungkus lumus berkempen bagi memastikan kemenangan BN dalam PRU13 ini.. 

Apakah yang menyebabkan Mahathir terlalu TAKUT jika BN kalah?.. sehingga beliau kelihatan amat gelabah jika di bandingkan dengan Pak Lah?

Persoalan ini pasti terjawab andaikata UMNO/BN ditolak rakyat pada PRU 13 ini..

Oleh itu UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT!!


Rabu, 24 April 2013


Rosmah Mansor Pun KANTOI TAK BAYAR Saman AES!


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebentar tadi mendedahkan satu lagi bukti kecurangan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor dalam isu saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang menimbulkan kontroversi satu ketika dahulu.

Pendedahan itu diumumkan sendiri Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dalam satu sidang media khas di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, Selangor.

Rafizi dalam keterangannya mendakwa kereta rasmi yang dinaiki Rosmah menggunakan no,bor pendaftaran XIASEAN 360 seperti yang terhasil dari maklumat dalam sistem pangkalan data MyEg dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurutnya, manifesto Barisan Nasional (BN) tidak menyentuh langsung mengenai AES. Walaupun pelaksanaan masih menjadi tanda tanya buat masa sekarang, saya beranggapan bahawa kegagalan Manifesto Barisan Nasional membuat ketetapan mengenai AES membayangkan hasrat Najib Razak untuk meneruskan pelaksanaan AES sekiranya BN terus berkuasa.

Berikut merupakan kenyataandan pendedahan Rafizi:


Saman Tertunggak AES Datin Seri Rosmah Mansor: Dato’ Seri Najib Perlu Nyatakan Pendirian Mengenai AES

AES adalah salah satu isu utama yang akan menjadi faktor penentu dalam PRU13. Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan bahawa AES akan dihentikan dan semua samannya dibatalkan sekirangan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Manifesto Barisan Nasional tidak menyentuh langsung mengenai AES. Walaupun pelaksanaan masih menjadi tanda tanya buat masa sekarang, saya beranggapan bahawa kegagalan Manifesto Barisan Nasional membuat ketetapan mengenai AES membayangkan hasrat Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan pelaksanaan AES sekiranya Barisan Nasional terus berkuasa.

Untuk menentukan sama ada orang-orang terdekat dengan Perdana Menteri menerima atau tidak AES, saya telah menjalankan beberapa semakan:

1. Mengenalpasti nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri

2. Mengenalpasti kereta yang didaftarkan di bawah nama Datin Seri Rosmah Mansor

3. Menyemak sama ada Datin Seri Rosmah Mansor membayar saman AES, bagi memastikan keluarga Perdana Menteri betul-betul patuh kepada pelaksanaan AES yang dibawa oleh Barisan Nasional

Hasil semakan itu membuahkan perkara-perkara berikut:

1. Nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor adalah 511210-05-5558. Identiti beliau itu disemak dengan daftar pengundi yang mengesahkan bahawa beliau mengundi di Pekan, seperti paparan skrin SPR yang berikut:


2. Semakan dengan sistem JPJ di MyEG menunjukkan sebuah kereta bernombor XIASEAN360 didaftarkan di atas nama dan kad pengenalan beliau;

3. Semakan yang sama juga menunjukkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor tidak membayar 2 saman AES iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013, seperti paparan skrin yang berikut:


Di negara-negara lain, perkara ini dilihat sebagai satu pertentangan prinsip (double standard) apabila keluarga Perdana Menteri sendiri tidak mengendahkan saman AES, sedangkan beliau (Perdana Menteri) beriya-iya mempertahankan satu sistem yang ditentang oleh rakyat.

Saya mengambil contoh saman AES tertunggak Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi gambaran bagaimana Barisan Nasional mengamalkan double standard dengan menyatakan pelbagai propaganda kepada rakyat biasa untuk mempertahankan dasarnya yang tidak popular, tetapi di belakang-belakang membiarkan keluarga terdekat mereka bebas dari dasar tidak popular yang menekan rakyat itu.

Saya menyeru supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak menyatakan secara terbuka sama ada Barisan Nasional akan meneruskan pelaksanaan AES sekiranya masih menang dalam PRU13.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

24 APRIL 2013

Gambar Petugas cedera 'Teruk' dalam insiden letupan di ceramah BN Nibong Tebal tersebar!!.. Saksikan betapa parahnya dia...


Seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di Nibong Tebal malam tadi.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa berusia 30-an itu dikejar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilapor stabil.

Beliau berkata polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian yang berlaku pada 10.15 malam itu, dan tidak menolak kemungkinan ia perbuatan khianat.

"Kita telah arahkan Unit Bom dan Forensik untuk menyiasat jenis letupan yang digunakan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Abdul Rahim berkata hasil siasatan akan dimaklum secara terperinci pada satu sidang akhbar secepat mungkin.

Terdahulu, majlis yang dihadiri 3,000 orang itu menjadi kecoh apabila orang ramai bertempiaran lari selepas terkejut mendengar satu letupan kuat pada jarak kira-kira 10 meter dari bahagian belakang pentas ucapan.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah.

Bagaimanapun, majlis yang bermula pada 8.30 malam itu diteruskan seperti biasa dengan kawalan ketat anggota polis dan berakhir pukul 12.30 malam.

Sementara itu, beberapa saksi kejadian yang berada berhampiran pentas ketika ditemui berkata mereka terkejut mendengar letupan kuat berkenaan dan masing-masing berlari menyelamatkan diri.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Micheal, 39, berkata sewaktu kejadian, beliau baharu tiba di lokasi kejadian dan hanya sempat mendengar ceramah kira-kira 10 minit sebelum terkejut dengan letupan itu dan menyelamatkan diri bersama isterinya.

Katanya, letupan itu sangat kuat seperti bom menyebabkan semua orang terkejut dan suasana menjadi riuh rendah sebelum beliau ternampak seorang lelaki cedera dan dibawa ke hospital.

Seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 58, berkata letupan itu dari longgokan sampah di belakang pentas.


"Letupan itu menyebabkan sampah berterbangan sehingga terpercik dan mengotori beberapa buah kenderaan, mujurlah serpihan bahan letupan itu tidak mengenai saya," katanya.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow pula menyifatkan insiden itu mencemar nama baik demokrasi dan mahu segala bentuk amalan politik yang menjurus ke arah keganasan dihentikan serta-merta.

"Kita tidak mahu semasa tempoh berkempen ini ada rakyat atau pengundi yang cedera, dan saya nasihatkan semua parti bertanding dapat mengawal emosi penyokong kerana kita tidak mahu peristiwa sebegini berulang lagi," katanya.

Antara barisan penceramah pada majlis itu ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, Ketua Wanita MCA Tan Cheng Liang dan Pengerusi Perhubungan Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Kat atas tu apa yang telah dilaporkan oleh Bernama dan berikut pula ialah komen Calon BN bagi Parlimen Nibong Tebal ini..


Betul ke teruk??.. cuba tengok gambar di bawah ni..


Ish.. ish... ish... teruk betul kecederaannya.. cedera parah tu..

Persoalannya disini ialah... kenapa majlis yang bermula pada 8.30 malam itu diteruskan seperti biasa dengan kawalan ketat anggota polis dan berakhir pukul 12.30 malam, jika Unit Bom dan Forensik sedang menyiasat jenis letupan yang digunakan?

Majlis sepatutnya dihentikan terus jika pihak Polis menemui sebarang unsur-unsur yang boleh mendatangkan kecelakaan yang serius..

Tiba-tiba muncul pula cerita ini..


Boleh percaya ke??.. macam cerita kartun saja ni.. atau sekadar nak meraih simpati pengundi?

Lagipun... ada ke pengganas nak sabotaj majlis orang dengan meletakkan bahan letupan dalam longgokan sampah?.. kalau adapun tentu bangang sekali pengganas itu...

PECAH BERITA! Calon BN Terbabit Skandal Pembinaan UiTM!


Satu lagi pendedahan terbaru, kali ini membabitkan calon Umno mewakili Barisan Nasional (BN) pula.

Rafizi Ramli hari ini mendedahkan syarikat milik calon BN parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dianugerahkan projek bernilai RM1.3 bilion walaupun tidak mempunyai kelayakan dan rekod dalam pembinaan.

Tajuddin didakwa membuat keuntungan daripada pembinaan UiTM di Tapah menerusi syarikat miliknya Detik Utuh Sdn Bhd yang menjadi rakan kongsi kepada jurubina sebenar iaitu Crest Builder Holding Berhad.

“Walaupun syarikat miliknya (Detik Utuh) bukan syarikat pembinaan yang aktif dan mempunyai prestasi yang baik, tapi syarikat Tajuddin tersebut memperoleh RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah,” kata Rafizi.

Pengarah strategi PKR tersebut mendakwa syarikat pegangan khas UniTapah Sdn Bhd yang bertanggungjawab menganugerahkan projek tersebut secara konsesi 23 tahun kepada Crest Builder dan Detik Utuh, sekaligus menjadikan kos keseluruhan RM1.3 bilion.

“Kos pembinaan UiTM Tapah hanyalah RM285 juta tetapi UniTapah diberikan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyelenggara universiti itu pada jumlah RM1.3 bilion sepanjang tempoh konsesi tersebut,” tambahnya lagi.

Menurut Rafizi peningkatan tersebut adalah lima kali ganda daripada jumlah kos asal, serta mencabar Tajuddin untuk menyamannya jika tuduhan yang dihadapinya itu tidak berasas.

Daripada dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang didedahkan oleh Rafizi hari ini, Tajuddin didapati merupakan pemegang saham sebanyak 450, 000 unit dalam Detik Utuh.

“Detik Utuh ini hanya mendapat keuntungan atas angin dengan menggunakan Crest Builder untuk mengusahakan sepenuhnya pembinaan dan penyelenggaraan UiTM.

“Pada masa sama kosnya melambung lima kali ganda akibat pemberian konsesi yang menguntungkan Tajuddin... Dia boleh saman saya jika dakwaan saya ini tidak benar,” kata Rafizi lagi.

Rafizi juga berkata pendedahan hari ini menunjukkan janji Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak untuk meletak calon bersih dan mempunyai kredibiliti adalah janji kosong, malahan kes tersebut bukan yang pertama selepas lawannya di Pandan, Gary Lim, juga berhadapan dengan tuduhan salah laku profesional dengan bekas majikannya.

Majlis Peguam, dalam surat kepada Lim pada awal tahun ini, meminta Lim yang juga peguam untuk menjelaskan tindakannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat yang bertarikh 21 Januari 2013.

Peguam tersebut yang dipilih untuk menggantikan tempat penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat juga berkata telah berhenti daripada mengamalkan undang-undang sejak setahun lalu kerana memegang jawatan sebagai ketua biro perundangan MCA untuk MCA bahagian Pandan.

“Dengan pendedahan ini menunjukkan janji Datuk Seri Najib untuk meletak calon yang bersih dan mempunyai kredibiliti adalah janji kosong,” tambah Rafizi.

Pada 2009, kredibiliti calon Umno yang bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir di Pulau Pinang, Rohaizat Othman, juga tercalar kerana berhadapan dengan ketidakpercayaan orang awam selepas beliau didedahkan telah dipecat pada 7 Mac 2008 kerana melanggar seksyen 103D Akta Profesion Undang-Undang (1976), yang meliputi salah laku peguam secara individu.

Kes Rohaizat ini melibatkan aduan berlakunya kehilangan sejumlah sumbangan wang berjumlah kira-kira RM61,000 daripada pihak berkepentingan Koperasi Pekebun Getah.

Pemecatan tidak menghalang calon daripada bertanding dalam pilihan raya, tetapi Pakatan Rakyat (PR) memanfaatkan kelemahan musuh politik mereka, membolehkan calon PAS Datuk Salleh Man untuk memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 4,551 undi.

Pilihan Raya 2013 dikatakan paling sengit dalam sejarah oleh kerana buat pertama kalinya, BN bakal berhadapan dengan pembangkang paling tersusun.

PECAH BERITA! Mukhriz Dalam Bahaya Dipancung Puak Umno Sendiri?


Maklumat terbaru sampai ke tangan saya tepat jam 7.47 malam tadi.

Pengirim emel yang enggan namanya disiarkan memberitahu gerakan untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN) DUN Ayer Hitam, Mukhriz Mahathir sedang giat dirancang rapi beberapa pemimpin Umno Kedah sendiri.

Enggan memberitahu siapakah mereka yang menjadi dalang di sebalik gerakan tersebut, dia juga memberitahu satu mesyuarat rahsia peringkat negeri dihadiri beberapa pemimpin Umno yang tidak suka kepada Mukhriz akan dibuat dalam masa terdekat.

Apabila team Jalan Pulang membalas emel berkenaan bertanyakan butiran lanjut serta di mana pertemuan itu diadakan, balasan dari si pengirim ini setakat ini belum dapat diterima.

Antara tulisan pengirim emel tersebut yang boleh disiarkan adalah seperti berikut:


"Salam tuan punya blog Jalan Pulang. Saya ingin memberitahu sesuatu maklumat penting berkenaan calon Dun Ayer Hitam yang juga anak Mahathir.

Dalam pengetahuan saya, beberapa pemimpin UMNO negeri Kedah termasuk ketua bahagian yang tidak sebulu dengan Muhkriz dipercayai akan membuat satu mesyuarat tergempar bagaimana mahu menewaskannya di duntersebut.

Sebagaimana yang kita tahu, dun Ayer Hitam ini merupakan kubu kuat Pas tetapi nama Mukhriz yang sepatutnya berada di dun Kuah telah dipindahkan di saat akhir semasa bapanya, bekas perdana menteri yang kita kasihi,Mahathir sedang berada di London menziarahi mendiang bekas pm Tatcher.

Saya merayu supaya tuan dapat melakukan sesuatu keranamaklumat yang sampai ke tangan saya akan memastikan Mukhriz dimalukan bagi memberi pengajaran kepada Mahathir supayanjangan mencampuri urusan Umno.

Kalau tuan hendak tahu, UMNO Kedah kini bermasalah kerana ada dua kem iaitu Mukhriz dan Mat Bashah yang memang menjadi pengikut setia PM kita Najib Tun Razak.

Saya panjangkan maklumat ini kepada tuan agar dapat melakukan sesuatu sebelum terlambat.

Saya akui semua maklumat yang saya berikan adalah benar setakat pengetahuan saya sebagai ahli UMNO yang sayangkan Mahathir kerana dia adalah idola saya.

Saya harap nama saya tidak disiarkan sebagai keselamatan kerana maklumat ini rahsia dan hanya diketahui beberapa orang saja.

Sekian, wassalam.

Yang benar, ahlI UMNO Anak Bukit."


- Received : cheannst@gmail.com 23 April 2013 19:47


Dari emel di atas, ada beberapa maklumat yang mengesahkan spekulasi sebelum ini:

1) Mukhriz memang akan diletakkan sama ada di DUN Kota Siputeh atau DUN Kuah dan bukannya DUN Ayer Hitam. Ini bermaksud pemimpin Umno sendiri yang mengkehendaki Mukhriz dimatikan kariernya secara senyap.

2) Senarai nama yang diumumkan Najib memang bukan dari cadangan Mahathir. Nama mereka diumum ketika Mahathir ke London selama tiga hari mewakili Malaysia ke upacara pengkebumian bekas perdana menteri Britain, Margaret Tahtcher.

3) Mat Bashah atau nama sebenarnya Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan bos Umno negeri tetapi Muhkriz merupakan timbalannya di Kedah. Calon DUN Bakar Bata ini diketahui tidak mahu Muhkriz menang di DUN Ayer Hitam dan sebab itulah namanya diletakkan di kubu kuat PAS bagi memudahkan Mukhriz dipancung, bukan setakat pengundi tidak mengundinya tetapi Umno sendiri akan memastikan dia kalah.

4) Sekiranya kalah, ini bermakna peluang Ahmad Bashah untuk menjadi menteri besar cerah kerana Muhkriz sudah tiada tempat dalam barisan kepimpinan Umno negeri, itu pun jika Umno dapat merampas semula negeri ini.

Bekas pengerusi MARA, Tamrin Ghaffar juga seakan mengetahui situasi sulit yang dialami Muhkriz dan Mahathir sendiri.

Disebabkan itu, Tamrin menjangkakan banyak kerusi parlimen yang dimenangi BN sebelum ini akan kecundang ke tangan Pakatan Rakyat.

Beliau turut meramalkan tindakan BN yang memindahkan Mukhriz Mahathir daripada Parlimen Jerlun ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam sebenarnya ingin membunuh karier politik anak BEKAS Perdana Menteri itu.

“Sepatutnya kerusi yang selamat untuk Mukhriz adalah DUN Kuah di Langkawi kerana ada sentimen Mahathir yang telah membangunkan Langkawi.

“Kawasan Jitra (Kayu Hitam) itu kawasan kuat PAS. Dua PRU yang lalu PAS menang.

“Memang ada unsur cubaan nak pekena dia sebab ada kumpulan lain yang nak jadi Menteri Besar juga,” katanya.

Dalam sidang media bersama bekas menteri besar Selangor, Muhammad Muhd Taib di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Tamrin juga menyeru supaya ahli Umno keluar dan menyertai Pakatan Rakyat kerana Umno sudah tidak boleh diharapkan untuk membela nasib orang Melayu dan agama Islam.

Secara peribadi, saya masih lagi menanti balasan pengirim emel yang hanya menyatakan namanya sebagai "ahli UMNO Anak Bukit" itu.

Jika ada perkembangan lanjut, in sha Allah saya akan kongsikan kepada semua pembaca.

Gentar melihat ceramah Husam disambut luar biasa, Samseng UMNO halang perjalanannya kesana.. (Video Inside)


Menyedari Ceramah Umum yang buat julung kalinya di anjurkan oleh Pas Putrajaya di Presint 9, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, beberapa orang samseng UMNO melakukan provokasi terhadap Dato Husam Musa untuk menghalang beliau ketapak ceramah itu.

Ceramah yang buat julung kalinya diadakan itu telah mendapat sambutan yang luar biasa dengan menyaksikan kenderaan di parkir hampir 1KM panjang di sekitar Presint 9..

Dan ini menunjukkan warga Putrajaya am-nya sudah tidak gentar lagi untuk menunjukkan sokongan mereka terhdap calon Pas, Dato Paduka Hj Husam Bin Musa.

Antara Isu yang di ketengahkan adalah untuk membela nasib Penjawat Awam yang berpendapatan rendah, tentang isu perumahan, Kemudahan Parkir, dan juga masalah-masalah lain yang melibatkan warga guru.

Penjawat Awam sudah tidak perlu gentar lagi untuk menunjukkan sokongan dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat kerana telah di wujudkan satu Biro Aduan yang berfungsi untuk sesiapa sahaja tampil membuat aduan jika diugut atau mempunyai masalah dan isu yang boleh diketengahkan.

Biro Aduan ini juga disediakan khidmat guaman jika ada antara penjawat awam yang diugut sekiranya mereka menyokong Pakatan Rakyat.

Rata-rata penjawat Awam yang hadir menyatakan mereka bersedia untuk berkhidmat untuk Kerajaan Baru.

Apabila ditanya mereka tentang ancaman, mereka hanya menjawab, Kami penjawat awam, berkhidmat untuk negara, bukan berkhidmat untuk Barisan Nasional, Kerajaan boleh bertukar, TETAPI negara kita tetap satu, Malaysia.

Bagaimanapun dalam perjalanan Husam untuk ke tapak ceramah itu dari setelah menjamah jamuan Nasi Arab dan kambing bakar di Surau Abd Rahman Auf Presint 11, Putrajaya yang disediakan ahli qaryah surau sebelum ceramah tersebut sekumpulan samseng UMNO cuba menghalang perjalanan Husam.

Video ini menunjukkan sikap orang muda BN di hadapan Surau Abd Rahman Auf Presint 11, Putrajaya.. SAKSIKAN!!



Sumber laporan serta gambar dan lagi gambar ribuan yang hadir dalam ceramah tersebut 

1MDB pindahkan RM7 Billion ke Caymans Island untuk apa wahai Najib?


Pemindahan secara sulit sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island ini perlukan jawapan dari Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak, kerana 1MDB dikawal sepenuhnya oleh beliau..

Apa yang dikhuatirkan ialah jika Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja dan ini bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.

Perkara ini telah didedahkan dalam laporan tahunan 1MDB dan turut dibangkitkan dalam satu laporan The Edge..

Ini Kenyataan Media Rafizi Ramli..

Najib pindah RM7 Billion wang 1MDB ke akaun sulit di Cayman Island? 

KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.

Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah.

Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul.

1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam Petro Saudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.

Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai.

Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB.

Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.

Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.

Saya memberi amaran keras kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB.

Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam 2 minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis diRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka keadilan.


RAFIZI RAMLI 
Pengarah Strategi

Gara-gara namanya tak dicalonkan, Rais tibai Najib..


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim seolah-olah menyalahkan Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak dalam masalah yang timbul dalam pemilihan calon BN kali ini.

Rais, yang digugurkan daripada menjadi calon di pilihanraya umum ke 13 kali ini memberikan bayangan bahawa penentuan calon tidak dilakukan dengan sistematik dan mengikut lunas yang ditetapkan bagi memastikan mereka betul-betul layak untuk bertanding.

"Dalam menentukan calon mampu menang, pemimpin parti perlu menjelaskan kelayakan calon dan faktor yang perlu dipertimbangkan bukan hanya berdasarkan usia, tetapi juga produktiviti mereka,” kata Rais.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sumber Umno berkata kriteria ‘winnable’ candidate sebenarnya tidak wujud dalam BN.

Katanya, yang ada hanya calon-calon team Kak Ros atau bukan. Kali ini, asalkan calon-calon yang disukai Kak Ros akan dicalonkan sebagai calon BN.

"Jika produktiviti mengatasi usia, sudah jelas apa jawapannya...apa gunanya jika seseorang itu muda tetapi produktiviti dan hasil tidak dapat diperkirakan," rungut Rais lagi, yang dilaporkan sangat kecewa kerana tidak dicalonkan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum ke 13.

Rais turut berkata calon mesti ditentukan dengan lebih awal untuk mengelakkan timbul masalah ketidak puasan pihak tertentu di saat-saat akhir, seperti yang berlaku sekarang.

Semalam, seramai 61 ahli Umno (senarainya di SINI) termasuk pemimpin Wanita Umno berpengaruh Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas timbalan menteri Datuk Mohd Shariff Omar dipecat serta merta kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Perkara itu diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail menggunakan fasal 20.10 Perlembagaan Umno.

 Fasal itu menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

 "Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya Ahmad Rithaudeen yang dipetik Sinar Harian ~ Harakahdaily



Calon Pilihan Najib kena 'Booo' di Pasar Seberang Jaya..


Tiga calon telah disahkan bertanding bagi Kerusi DUN Seberang Jaya (N10) pada pilihanraya umum ke 13 ini.

Ketiga-tiga mereka ialah Dr. Afif Bahardin Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Datuk Mohammad Nasir Abdullah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh dan juga Calon Bebas Shamsut Tabrej Bin G.M Ismail Maricar seorang Ahli UMNO yang juga merupakan Pesuruhjaya Sumpah di Seberang Jaya.

Bagaimanapun Shamsut Tabrej hari ini telah dipecat dari UMNO oleh Najib bersama seorang lagi calon Bebas di Permatang Pauh yang bertanding diperingkat Parlimen iaitu Dr. Zawawi.

Mereka adalah dua dari 61orang Pemimpin UMNO yang bertanding sebagai Calon Bebas menentang Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.. senarai nama mereka sila lihat di ( SINI )

Ahad lalu, Pasar dan juga Medan Selera Seberang Jaya telah menyaksikan pertembungan antara dua calon yang bertanding bagi Kerusi DUN tersebut, dimana calon dari PKR dan BN telah melakukan kunjungan ke pasar itu.

Calon PKR, Dr. Afif 28 yang merupakan bekas Pegawai Perubatan di Hospital Pulau Pinang, Negeri Pulau Pinang yang kemudiannya bertukar ke Hospital Sungai Buloh sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Otorinolaringologi, Pembedahan Kepala dan Leher, (biodata lengkap sila baca di SINI ) sebelum itu telah mengagihkan Air Mineral percuma di Tempat Jogging Taman Tunku.


Kemudiannya beliau meneruskan gerakkerja kempen dengan melawat ke Pasar Basah Seberang Jaya, seterusnya kempen beliau diteruskan dengan menyerahkan apron kepada peniaga-peniaga di situ


Mungkin kerana sering melibatkan diri dalam banyak program anjuran AMK Permatang Pauh di Seberang Jaya, kehadiran beliau kelihatan disenangi oleh berbagai lapisan masyarakat peniaga disitu..



Kumpulan yang mengiringi Dr. Afif telah bertembung dengan Kumpulan yang mengiringi Calon UMNO Datuk Mohammad Nasir.

Bagaimanapun tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku cuma disini Calon UMNO memperlihatkan sikap sombongnya seperti yang dinyatakan oleh ramai Ahli UMNO sendiri dengan tidak mahu bersalam dengan calon PKR..

Mungkin title 'Datuk' yang dimilikinya menjadikan beliau sombong..

Setelah selesai program Dr. Afif di medan Selera tersebut beliau dan kumpulannya meninggalkan Medan Selera tersebut..

Dan Datuk Mohammad Nasir serta kumpulannya meneruskan kempen mereka dari Medan Selera itu menuju ke Pasar Basah pula..

Satu insiden yang memalukan telah menimpa Calon UMNO/BN bagi kerusi DUN Seberang Jaya (N10) di pasar basah Seberang Jaya, pagi itu..

Dimana beliau telah di 'Booo' oleh peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan di Pasar tersebut..

Menurut beberapa peniaga.. "Sebelum Nasir ini dilantik menjadi Calon.. jumpa orang pun tak mahu senyum, sekarang dah jadi calon baru terhegeh-hegeh nak senyum.."

"Rumah dia bukan jauhpun dari sini.. pasal apa sebelum ini dia tak boleh nak luangkan masa berjumpa kami?.. dah nak mengundi baru ingat kami.. belahlaaa..."

Malah ada yang mengatakan " Aku penyokong UMNO.. kalau Ariff Shah bertanding aku akan undi UMNO/BN.. kalau Datuk ni.. kirim salam la..."

"Ariff Shah dulu ADUN.. dia tu (Datuk Nasir) baru Timbalan Ketua UMNO Bahagian.. tu pun menyombong nak mampuih.." tambah seorang lagi peniaga.

Insiden yang telah berlaku itu membuktikan calon pilihan Najib untuk DUN tersebut yang sebelum ini disandang oleh UMNO/BN sememangnya tidak disukai oleh kebanyakkan masyarakat di situ dan ianya telah disuarakan oleh peniaga-peniaga di pasar tersebut...

Jadi.. buat semua penduduk Sebarang Jaya.. UNDILAH CALON PKR!!.. Jangan biarkan manusia yang sombong dari UMNO itu menjadi Wakil Rakyat anda...

Aku sangka 22.. rupa-rupanya 61 Pemimpin UMNO tanding Bebas.. ini senarai nama mereka..


Aku sangkakan hanya 22 Ahli UMNO yang bertanding sebagai Calon Bebas.. tetapi sangkaan aku meleset rupanya..

Bukan 22 seperti laporan semalam di ( SINI ) tetapi 61 orang semuanya... sekaligus ianya membuktikan bahawa Najib adalah Presiden UMNO yang paling lemah dalam sejarah...

Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin (LD) UMNO memecat seramai 61 orang ahli UMNO yang telah bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berkata tindakan ini dibuat selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

“Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya, Jawatankuasa Khas LD UMNO juga akan memanggil 3 orang lagi ahli UMNO dalam minggu ini untuk tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon yang baru lepas.

“Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO berikutan gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti.

“LD UMNO sekali lagi ingin mengingatkan ahli UMNO bahawa kita telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj parti di dalam waktu tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke -13 ini.”

Ujarnya lagi, tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci.

“Saya juga menyeru kepada semua ahli UMNO di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong semua calon Barisan Nasional yang telah dinamakan untuk bertanding oleh pucuk pimpinan parti. Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan Barisan Nasional.

Berikut adalah senarai nama anggota parti yang dipecat dari UMNO:

SENARAI AHLI UMNO YANG DIPECAT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PILIHAN RAYA UMUM KE – 13 

BIL PARLIMEN/DUN NAMA/JAWATAN 

1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)

3. PARLIMEN SEPANG – DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)

6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA

12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN)

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN BIN YOM

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR BIN HASSAN

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR

27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD

29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB

30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM

31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM

32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR

33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA

34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE

35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI

36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS

37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG

38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL

39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI

40. HUSSEIN BIN MUMAKIL

41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN

42. MAMAT BIN BALHANA

43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP

44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS

45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG

46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR

47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH

48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH

49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR

50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI

51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT

52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK

53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD

54. PARLIMEN BELURAN &DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA

55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL

56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN

57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF

58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA

59. PARLIMEN RANAU &DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN

60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON

61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL 

Khamis, 18 April 2013


Naib Ketua Wanita UMNO pula memberontak!!.. beri kata dua kepada Najib..


Antara kata-kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim..“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.

Calon Umno-BN: Kamilia Ibrahim kecewa 

SHAH ALAM – Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya.

Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. “Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat.

Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya.

“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya.

Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu.

Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir.

“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan.

“Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.

“Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti.

“Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak dicalonkan oleh BN dalam PRU13.

Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut ~ Sinar Harian

PANAS!! Dua lagi pemimpin BN Pulau Pinang akan tanding Bebas dan 70% Bilik Gerakan UMNO lumpuh..


Berikutan dengan rasa tidak puas hati dengan tiga pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang yang tidak tersebarai sebagai calon dalam PRU13 ini Gelombang Biru yang dilancarkan oleh Muhyiddin awal Februari lalu telah bertukar menjadi gelombang Haru biru..

Ini kerana lebih banyak lagi Bahagian-bahagian UMNO yang akan melancarkan protes terhadap senarai calon yang bagi PRU13 yang akan diadakan pada 5 Mei ini yang diketengahkan oleh Presiden UMNO, Najib Tun Razak.

Dua lagi pemimpin BN dari Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe dari Gerakan dan Ketua Pemuda MIC, J Dhinagaran dikatakan sedang menimbangkan untuk meletakkan semua jawatan yang disandang mereka dalam parti dan akan bertanding sebagai Calon Bebas.

Tiga demonstrasi telah diadakan di Kepala Batas, Seberang Jaya dan Bagan Dalam semalam oleh penyokong-penyokong UMNO yang mana pemimpin mereka samada telah digugurkan atau tidak tersenarai sebagai calon.

Difahamkan 70% Bilik Gerakan UMNO telah tidak berfungsi berikutan dengan tindakan petugas yang kecewa kerana calon mereka tidak dipilih..

Sumber dari pihak tertinggi UMNO mendedahkan Kawasan Parlimen yang terlibat ialah Balik Pulau, Bayan Baru, Nibong Tebal, Permatang Pauh dan Tasek Gelugor.

Dan satu lagi maklumat dari pihak tertinggi UMNO juga mendedahkan sekurang-kurangnya 42 Kawasan Parlimen yang sebelum ini di kuasai oleh UMNO/BN sedang bergolak dan pertempuran sesama sendiri sedang berlaku.. akan didedahkan senarai tersebut nanti..

Protests mount in Penang by disgruntled 

BN hopefuls Following the outburst of three BN leaders dropped from the coalition's candidacy list, more Penang divisions are coming out to protest the candidates picked to contest in the 13th general election to be held on May 5.

Two more BN leaders - BN coordinator for Machang Bubuk Ooi Suan Hoe from Gerakan and Penang MIC Youth chief J Dhinagaran - are said to be thinking of resigning from their respective parties and contesting as Independents.

Three protests in Kepala Batas, Seberang Jaya and Bagan Dalam were held yesterday by supporters of Umno leaders who were either dropped or not considered as candidates.

It is learnt that 70 percent of Umno's operations centre around Penang were inactive due to the discontent of party workers as their preferred candidates failed to make it to the list, which was announced in Penang on Tuesday.

According to a highly placed Umno source, the affected centres include those in Balik Pulau, Bayan Baru, Nibong Tebal, Permatang Pauh and Tasek Gelugor parliamentary constituencies.

Ooi declined to confirm when asked about his decision, but sources close to him said he felt the party leadership had been "unfair" to young politicians in the mainland.

"They ignore our hard work and simply parachute their cronies who do not serve the constituency to contest in the coming election," the source told Malaysiakini.

Teng did his best 

When contacted, an upset Dhinagaran said he had been offered by certain parties to contest Perai and was in the midst of considering it.

"I am now being pressured by my Youth members who are disappointed with the BN list.

"Some of the candidates put up by the leadership did not even wear the BN shirt for five years (since the 2008 general election), nor did they do any work on the ground, but today they are candidates," the MIC Youth leader said.

However, Dhinagaran, a young businessperson, did not blame state BN chief Teng Chow Yeow for the candidacy list "fiasco".

"He did his best, it is Prime Minister Najib Abdul Razak who should listen to the state chairperson but he did not consider his (Teng's) report, he does not practise his 'Janji Ditepati' promise of selecting winnable candidates".

Meanwhile, Bagan Wanita chief Mugaambigai Singaram claimed residents of Bagan Dalam do not want candidate M Karrupanan, who has been fielded by the party leadership, as they felt division chief Henry Benedict was more suited for the seat.

"The candidate is not a local person and we are not familiar with his work. It took time to build up this division and we put in a lot of effort since 2008," she said.

"Suddenly, they sent someone new here, and the residents say they want to protest against his candidacy and I told them go ahead and express how you feel," she said.

However, she denied that the MIC branch had organised the gathering two days ago.

Candidacy 'fated by God' 

Also on Tuesday, about 50 supporters of incumbent Arif Shah Omar Shah held a protest in Seberang Jaya to demand their incumbent assemblyperson be retained as the candidate.


Protester Abd Shaari Che Lah said Arif Shah  had served the constituents for the last two terms and there was no reason to replace him.

"Why change the candidate when the people are satisfied with an elected representative who has been serving the constituents without any complaints," the Taman Mohd Amin Rumah Pangsa Residents Association chairperson said.

They protesters said they do not want to support candidate Mohammad Nasir Abdullah, who they deem "an unknown person and a stranger" there.

When asked about it, Permatang Pauh Umno division head Abdul Jalil Abdul Majid said Mohammad Nasir's candidacy was "fated by God and all party members should accept it", adding they were all God's servants.

"To me, those who do not cooperate with us are not from the same party. Where is their sense of loyalty to the party, religion, race and nation?" asked Abdul Jalil.

Abdul Jalil himself was dropped as a candidate in Permatang Pauh but said he accepted the party decision.

'No factionalism within BN' 

Last night, about 30 people turned up for a rally to reject the Umno candidates for Penaga and Bertam.

They wanted the leadership incumbents state opposition leader Azhar Ibrahim and Zabariah Abdul Wahab be allowed to defend their seats.


However the event was cancelled when the protestors, among them NGO members, citing "political interference".

Amidst all these protests, state Gerakan chief Dr Teng Hock Nan said there was no point in arguing the matter when the decision for candidates had already been decided by Najib.

Asked if the state Gerakan list was similar to the one announced, he said "even if different, nothing can be done now as decisions have been made".

"We must look forward and fight the battle. No point to argue who is better and who is not, wait for election result," he said.

Hock Nan denied there was factionalism within the party and that candidates were chosen based on their loyalty to certain leaders.

"I don't know about others but I feel Najib is above that all and has made a wise decision. We have to concur by it.

"We must now support the selected ones. It is unfortunate that seats are limited but hopeful candidates were many." Similarly, other BN leaders such as Peoples' Progressive Party president M Loga Balan said those who protest the list must refrain from being "self-centred".

"For 18 years I didn't get any seats as PPP state chief, but I did not do anything.

"One must be loyal to the party. For those who say they now want to become independent, are not loyal to the party.

"Whatever excuse their give, they are not loyal to the party. They should not question the process of selection because the state chief recommends and Najib decides." ~ Malaysiakini